Timbalan Menteri PPBM tanding bebas

 

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian. Ali Biju merupakan Ahli Parlimen P205 Saratok.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu, berdepan saingan empat penjuru iaitu Musa Dinggat (PSB), Danny Kuan (PBK) dan Friday Belik (GPS).

Setiausaha Sulit Kanannya, Vernon Kedit ketika mengesahkan perkara itu berkata, Ali hanya bersama pencadang dan penyokongnya berada di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok.

“Ya, beliau (Ali) bertanding sebagai calon Bebas. Hanya beliau bersama pencadang, Elley Chandi dan penyokong Antok Jaya berada di pusat penamaan calon.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menyebabkan kami tidak boleh membawa ribuan penyokong untuk mengiringi beliau seperti yang berlaku pada pilihan raya 2011 dan 2016,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ali, wakil tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum ini.

Beliau memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Pada 27 November lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN-12 Sarawak.

Sebaliknya kata beliau, BERSATU akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri berkenaan pada 18 Disember nanti.

Dua hari lalu, Ali, menafikan beliau menyerahkan kerusinya, Krian, kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah beliau memberi bayangan masih mempertimbangkan untuk terus bertanding di situ bagi menjadi wakil rakyat untuk penggal ketiga.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker