Bukti baru kes Najib, ramai ‘terciduk’

 

Apabila Tan Sri Shafee Abdullah menggemparkan negara dengan bukti baru kes Najib Razak, ramai kini ‘terciduk’ dengan pembongkaran tersebut.

Isu intergriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM yang mula dipersoalkan rakyat selepas pengakuan Tommy Thomas membuka ‘mata’ banyak pihak.

BACA SINI

Menghalang pelbagai bukti dari di bawa masuk ke Mahkamah antara yang dikemukakan Shafee juga menarik perhatian umum.

 

Dokumen yang melibatkan keluarga Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz turut menjadi persoalan ramai mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap mereka.

Laporan polis yang dilakukan Najib Razak menjadi momentum kuat menggegarkan dalang-dalang yang selama ini ‘menyorok’ di belakang tabir.

WAJIB BACA

 

 

Tidak kurang juga rakyat menanti komentar Mahathir yang selalu meratib nama Najib kononnya telah ‘merompak’, ‘menyamun’ wang rakyat dalam kes SRC.

Agak mengecewakan, Mahathir seperti bukan individu bernama ‘Mahathir’ yang dikenali bila bukti yang dikemukakan.

 

Mengapa Mahathir ‘terkunci’ mulut bila Zeti dikaitkan? Adakah Mahathir mengetahui penglibatan atau apa sahaja berkaitan dan menjadikannya sebagai ‘senjata’ mengenakan Najib?

 

 

Begitu juga dengan penglibatan Nor Mohamed Yakcop yang dibongkarkan dalam satu dokumen. Adakah Mahathir sedar semua itu tetapi memilih untuk berdiam diri?

Nampaknya penglibatan ‘nama besar’ yang terlibat dalam konspirasi ini semakin terbongkar dan dijangkakan ada kejutan berlaku dalam perkembangan kes SRC Najib Razak.

SPRM tidak berani ‘angkut’ Zeti?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker