Dua maut, lori bertembung di Labis

 

Seorang pemandu dan kelindan lori syarikat pembersihan SWM Environment Sdn. Bhd. maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di jalan berhampiran bangunan ST Rhodes Club, Labis di sini, pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hafifie Md Sarif berkata, kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Ramli Ibor, 58, dan Muhammad Helmi Karim, 30.

Manakala pemandu lori tiga tan, Nor Fazli Ramli, 30, cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan susulan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada pukul 8.11 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Alat menyelamat khas dan sebuah unit pengusung telah digunakan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan.

“Pemandu dan kelindan lori dari syarikat pembersihan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker