Iran tahan individu terlibat kes keracunan lebih 5,000 murid sekolah

Iran tahan individu terlibat kes keracunan lebih 5,000 murid sekolah

Iran tahan individu terlibat kes keracunan lebih 5,000 murid sekolah
IBU bapa para pelajar berhimpun dan mengadakan protes di luar bangunan Kementerian Pendidikan di Teheran minggu lalu.-AFP

TEHERAN: Iran menahan beberapa individu yang didakwa terbabit dalam kes keracunan para pelajar majoriti perempuan yang menjejaskan lebih 5,000 murid sejak lewat November tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi berkata, berdasarkan risikan dan penyelidikan agensi-agensi risikan, beberapa orang diberkas di lima wilayah dan agensi-agensi relevan sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung isu tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka yang diberkas atau menjelaskan sebarang potensi motif.

Puluhan sekolah di Iran dilanda keracunan sejak lewat November, dengan para pelajar mengalami gejala seperti sesak nafas, pening dan vertigo setelah terhidu bau kurang menyenangkan di premis sekolah dengan sebahagian daripada mereka dirawat di hospital.

“Sebanyak 25 daripada 31 wilayah dan sekitar 230 sekolah terjejas, dan lebih 5,000 pelajar perempuan dan lelaki diracun.

“Pelbagai ujian dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis dan punca keracunan tersebut. Setakat ini, tiada maklumat terperinci diperolehi berhubung jenis racun yang digunakan,” kata anggota jawatankuasa Parlimen, Mohammad Hassan Asafari kepada agensi berita ISNA.

Insiden keracunan itu mencetuskan kemarahan dan tuntutan agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Insiden itu turut mencetuskan keprihatinan masyarakat antarabangsa dan negara-negara Barat agar siasatan bebas dilakukan, khususnya setelah kes-kes pertama dilaporkan sebaik selepas permulaan tunjuk perasaan kematian wanita Kurdish, Mahsa Amini.-AFP

 

Iran tahan individu terlibat kes keracunan lebih 5,000 murid sekolah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker