Manchester United cari ‘penyakit’ bawa Armas

 

Bekas pengurus Toronto FC, Chris Armas bakal menyertai barisan kejurulatihan Manchester United selepas ketibaan Ralf Rangnick.

Armas dipecat Toronto pada Julai lalu selepas kurang enam bulan membimbing pasukan itu.

Ketika di bawah bimbingannya, Toronto mengalami kekalahan 1-7 kepada D C United, kekalahan paling memalukan sepanjang sejarah kelab itu.

Armas pastinya mahu memulihkan reputasinya di Manchester United selepas menjadi kakitangan pertama diambil di bawah bimbingan Rangnick.

Satu-satunya kelebihan daripada kehadiran Armas ialah dia serta Rangnick sudah mengenali antara satu sama lain selepas pernah bekerjasama di New York Red Bulls.


Rangnick adalah ketua sukan dan pembangunan kelab Red Bull di New York dan Brazil manakala Armas dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Menurut ESPN, Armas akan menerima permit kerja selepas sebelum ini dinafikan kerana tidak mempunyai Lesen Pro Uefa.

Bagaimanapun selepas rayuannya berjaya, Armas kini akan bertindak selaku penolong pengurus Rangnick.

Agensi

Leave a Reply