Resepi mee kari ‘Chinese Style’.

 

Mee Kari Chinese Style.

Bahan

Segengam cili kering – kisar utk sambal

2 biji bwg besar – kisar

3 ulas bwg putih – kisar

2 biji bawang merah – kisar

2 batang serai – diketuk

1-2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.

1 mangkuk kecil cili kisar

l/2 ekor ayam (potong kecil)

1 mangkuk besar santan

Tauhu kering

Fish cake / Fish Ball

1 keping asam gelugor

Hiasan

Telur rebus

Taugeh – celur

Sawi – celur

Sambal

Limau Nipis.

Kacang Panjang celur

Sambal:-

Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..

Cara penyediaan kuah kari :-

Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar…kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan.

Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Kemudian masukkan ayam dan

kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.

Kredit Cik Puan Julieta

Leave a Reply