Golongan muda mampu tentukan pemimpin negara-Ismail Sabri

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan keyakinan beliau terhadap golongan muda bagi menentukan pemimpin negara pada masa hadapan.

Perdana Menteri juga menyangkal pandangan sesetengah pihak yang skeptikal terhadap keputusan kerajaan kerana golongan muda dianggap masih terlalu mentah untuk menentukan pemimpin negara.

Beliau juga berkata, golongan muda, terutama mahasiswa boleh bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan, tetapi setiap perkara dikatakan mestilah mempunyai fakta, selain pentadbiran hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ia dibuktikan apabila usul Undi 18 diluluskan.

“Kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin.

“Sehubungan itu bermula 1 Januari depan, semua anak muda berumur 18 tahun ke atas, secara automatik akan jadi pengundi Insya-Allah.

“Apabila PRU (Pilihan Raya Umum Ke-15) diadakan, kerajaan akan pastikan mereka boleh mengundi,” katanya ketika merasmikan Program Keluarga Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Yaakob; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker