Ibu Penyanyi Datuk Hattan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi rock tanah air, Datuk Hattan dilaporkan telah meninggal dunia pada akibat serangan jantung di Hospital Kajang, semalam.

Perkara itu disahkan penyanyi tersebut melalui akaun media sosial Facebooknya sambil menambah ibunya yang berusia 83 tahun itu meninggal dunia pada 3.30 petang.

Menurut laporan media tempatan, penyanyi itu berkata Allahyarham ada mengadu sakit dada pada Isnin lalu.



Kata Hattan, dia masih lagi menunggu jenazah ibunya, di unit forensik untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Perkongsian Hattan itu juga telah mendapat respons daripada teman-teman dan rakan selebriti yang turut melahirkan ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button