Jika Najib dihukum, Zeti & konspirator akan terus bebas?

Oleh – Bakhtiar Omar

Hari ini Mahkamah akan memutuskan rayuan Dato Sri Najib Razak dalam kes SRC. Jika beliau dihukum hari ini, adakah bukti penglibatan Zeti dan konspirator lain yang dikemukakan oleh pasukan peguam Najib sebagai bukti baru akan terus bebas?

 

SPRM
Pengakuan Berkanun Tawfiq Ayman

KONSPIRATOR?

Persoalan ini akan terus berlegar di pemikiran umum yang mengikuti kes Najib Razak. Agak menghairankan sehingga hari ini Zeti masih bebas walau dokumen menunjukkan beliau antara ‘pemain utama’ dalam kes tersebut.

 

Dokumen yang dikemukakan pula bukanlah ‘cap ayam’ sebaliknya telah disahkan oleh sebuah negara sebagai tulin dan ada kredibiliti. Adakah berlaku sekatan tertentu keapda bukti yang dikemukakan?

KEJUTAN TOMMY THOMAS

Kejutan juga berlaku apabila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengesahkan kertas siasatan terhadap Zeti memang ada namun pihak SPRM tidak bertindak langsung.

 

 

Tidak mustahil persespsi akan menjurus kepada keterlibatan pihak atasan turut menjadi sebahagian daripada konspirator yang menerima arahan tertentu.

ZETI TERUS BEBAS?

Enggan mencampuri urusan Mahkamah dalam kes Najib tetapi terlalu banyak persoalan timbul yang menimbulkan keraguan rakyat serta pemerhati kes besar ini.

Apa juga keputusan hari ini, seluruh dunia sedang memerhati sistem Kehakiman Negara dan mereka akan menilai sejauh mana kredibiliti para Hakim yang menjalankan tugas.

Mahathir mula kalih isu Zeti bila serang Tony Pua

 

 

One thought on “Jika Najib dihukum, Zeti & konspirator akan terus bebas?

Leave a Reply