Resepi Nasi Arab power

Ramai suka masak Nasi Arab. Mahu resepi nasi Arab power? Resepinya kita berikan di sini.

2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren



Bahan yg disangai dan dikisar kering:

  • jintan manis
  • jintan putih
  • bunga cengkih
  • lada hitam
  • biji ketumbar
  • sedikit buah pelaga

Bahan untuk ditumis:

1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Caranya:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Penyediaan Ayam

( saya settlekan yg ni dulu, perap….kemudian baru masak nasi)
1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sudu jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
 ketumbar
sesudu buah pelaga
sebiji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 – 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.
Resepi Salad:
2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 lobak merah*
sebiji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:

3 biji cili merah
5 biji cili api
buah tomato
bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker