Tolak cinta, kereta jadi mangsa

KUALA LUMPUR: Hanya kerana cintanya ditolak seorang lelaki yang juga gelandangan melakukan perbuatan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan awal pagi kelmarin.

Semuanya berlaku gara-gara cintanya telah ditolak oleh wanita berkenaan.

Kejadian diketahui wanita berkenaan daripada seorang jiran kira-kira pukul 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.



“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu.



“Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker