Amaran hujan berterusan di Sabah

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata beberapa kawasan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta seluruh kawasan Kudat, dijangka berdepan situasi hujan berterusan.



“Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang.

“Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Leave a Reply