Bayi meninggal selepas sebulan di rumah pengasuh

 

Pilu hati seorang ibu apabila anak tunggal berusia empat bulan yang baru dilahirkan meninggal dunia kira-kira sebulan selepas hantar ke rumah pengasuh.

Wanita malang terbabit, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia mendapat panggilan kecemasan daripada pengasuh memaklumkan bayi perempuannya, Luna Aralyn Amar Ridhwan dalam keadaan lemah.

“Ketika kejadian saya berada di tempat kerja sebelum mendapat panggilan daripada pengasuh memaklumkan tubuh anak saya sudah kebiruan.

“Pengasuh meminta saya segera pulang. Saya baru sebulan menghantar anak kepada pengasuh terbabit,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, tengah hari semalam.

Menurutnya, dia masih terkejut dengan kematian bayinya itu dan masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, bapa saudara bayi terbabit, Nashrullah Mohd Non, 32, berkata, anak saudaranya itu adalah cucu bongsu dalam keluarga.

“Kami sempat menunggu bayi itu ketika dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ malam kelmarin. Menurutnya, Lilis Handayani dan pengasuh terbabit membawa bayi itu yang tidak sedarkan diri ke hospital.

“Buat masa ini kami belum mendapat keputusan bedah siasat dan mungkin hanya mengetahui punca kematiannya selepas seminggu.

“Saya percaya polis masih menjalankan siasatan lanjut. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol,” katanya.

metro

Leave a Reply