Dos penggalak Pfizer-BioNTech tingkat perlindungan

 

Syarikat farmaseutikal Pfizer- BioNTech yakin pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 jenamanya mampu meningkatkan perlindungan terhadap varian Omicron.

Ini adalah berdasarkan kajian semasa vaksin COVID-19 yang dilaksanakan pihaknya terhadap varian baharu itu.



Kajian itu menguji sejauh mana antibodi yang dihasilkan vaksin jenamanya dalam meneutralkan varian Omicron.

Hasil kajian mendapati terdapat kelemahan ketara dengan pengambilan dua dos pertama.

Akan tetapi berbeza dengan dos penggalak yang meningkatkan tahap antibodi sebanyak 25 kali ganda.

Walau demikian, data itu adalah merupakan data awal dan belum disemak secara saintifik.

Leave a Reply