Mesyuarat MKT Umno ‘panas’ kerana tarikh PRU15

 

Malam semalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berlangsung. Sedikit kejanggalan berlaku apabila tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno seperti lazimnya.

Khabarnya berlaku perdebatan hangat mengenai cadangan bila patut diadakan PRU15.

Mengikut CSA antara Kerajaan dan Pakatan Harapan, tiada sebarang PRU diadakan sebelum bulan Julai 2022. 

Namun khabarnya, ada cadangan dibangktkan supaya PRU15 diadakan segera sempena mengambil semangat daripada kemenangan besar BN di PRN Melaka dan jangkaan GPS bakal menang besar di PRN Sarawak.



Cubaan pihak kami menghubungi beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak mendapat kerjasama yang baik apabila mereka enggan memberi respon.

Sehingga petang ini masih tiada sebarang kenyataan mengenai hasil mesyuarat MT malam tadi.

Mesyuarat semalam juga merupakan mesyuarat terakhir MT Umno sebelum berlangsung Mesyuarat Agung Bahagian seluruh negara secara serentak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker