JKM cari waris Khatijah

Langkawi: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi sedang mengesan ibu atau waris seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi Azhar Ismail berkata, remaja itu dikenali sebagai Siti Nor Khatijah dan dilahirkan Kampung Plentong Tengah, Masai di Johor.

“Remaja itu adalah anak tidak sah taraf dan selepas dilahirkan dia dijaga wanita dikenali Salmah Hanafi kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Ketika Siti Nor Khatijah berusia 10 tahun, Salmah meninggal dunia dan kanak-kanak itu kemudiannya dijaga pula oleh pasangan Khalid Wong Kah Fai, 44, dan isterinya, Adliszamiza Mohamad, 45, sehingga kini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, remaja itu adalah individu yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Justeru, JKM kini dalam usaha mengesan ibu kandung remaja itu dikenali sebagai Aliani, warganegara Indonesia bagi tujuan penempatan dan kebajikan selanjutnya.

“Ibu atau bapanya tidak dapat dikesan dan tidak pernah cuba berhubung bertanyakan mengenai Siti Nor Khatijah selama lima tahun di bawah jagaan Khalid dan isterinya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Msyarakat Daerah Langkawi, Mahadzir Bakar di talian 04-9666325.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker