Gmie vokalis Screen, meninggal dunia

Gmie Vokalis Screen

 

Dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis kumpulan Screen, Gmie, 50, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada jam 2.30 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi anak sulung arwah, Siti Hadirah.

“Abah pengsan beberapa jam sebelum pemergiannya kerana kekurangan darah. Malah, beberapa hari sebelum itu, abah kurang sihat dan tiada selera makan.

“Jadi, kami putuskan bawa abah ke hospital. Ketika dirawat, abah masih stabil. Malah, kami sempat buat panggilan video dengannya.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 pagi tadi, hospital hubungi dan maklumkan abah kritikal sebelum menutup mata tinggalkan kami,”

Allahyarham Gmie atau nama sebenar, Hajmi Ibrahim meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima anak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker