Perokok tegar kena kompaun RM63 ribu di Melaka

 

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM63,600 kepada perokok yang dikesan merokok di kawasan larangan terutama kedai makan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebanyak 303 kompaun dan 278 notis dikeluarkan sehingga 7 Disember lalu membabitkan kesalahan merokok.

Katanya, tindakan itu diambil mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Sehingga 7 Disember lalu, sebanyak 303 kompaun berjumlah RM63,600 dikeluarkan kepada perokok tegar yang dicekup merokok di kawasan larangan.

Dalam operasi itu, seramai 10 perokok dikenakan kompaun selepas didapati bertindak selamba merokok dalam sebuah kedai makan di Bukit Beruang di sini.

Salah seorang daripada mereka turut menunjukkan rasa tidak berpuas hati, namun, tindakan kompaun tetap diteruskan oleh penguat kuasa JKN.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, pada operasi itu, sebanyak 24 premis telah diperiksa dan 10 kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan merokok.

“Satu kompaun dikeluarkan kepada pemilik kedai makan kerana tidak memaparkan tanda larangan merokok.

“JKN tidak akan bertolak ansur dalam penguatkuasaan yang melarang orang awam merokok di premis makanan selaras dengan kehendak Artikel 8 FCTC.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kompaun bernilai RM12.3 juta telah dikeluarkan sejak Mac lalu terhadap individu dan syarikat yang melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Katanya, seramai 609 individu dikesan gagal menggunakan aplikasi MySejahtera, selain kesalahan popular tidak memakai pelitup muka.

utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker