Terumbu karang di Indonesia keluarkan bunyi pelik

 

Sekumpulan pasukan pakar yang mengkaji Projek Pemulihan Terumbu Karang di Kepulauan Spermonde di barat daya Sulawesi, Indonesia mendapati terdapat bunyi-bunyi pelik hidupan akuatik baru-baru ini.

Semasa kajian itu dilakukan oleh mereka, ahli-ahli biologi marin itu mendengar bunyi-bunyi hidupan itu yang tidak pernah direkodkan sebelum ini.

Bercakap tentang bunyi yang baharu didengari itu, ketua kajian tersebut, Dr Tim Lamont dari Universiti Exeter dilaporkan berkata, pihaknya mendengar bunyi itu melalui satu rakaman.

Menurutnya, pada satu ketika, dia tidak mengetahui apakah bunyi yang didengarinya itu.

Justeru, katanya, pelbagai bunyi yang didengarinya adalah bukti bahawa pelbagai jenis hidupan akuatik nampaknya kembali hidup di terumbu yang sedang dipulihkan itu.

Beliau berkata, terdapat satu bunyi yang menarik perhatian tetapi pasukannya tidak dapat mengetahui haiwan apa yang membuat bunyi itu.

Sebelum ini, terumbu karang di kepulauan Spermonde telah rosak akibat penggunaan bahan letupan untuk mengejutkan atau membunuh semua hidupan liar di kawasan itu.

Agensi

Leave a Reply