Kopi, mee segera punca isteri minta cerai

 

Gara-gara masalah mi segera, bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Pasuruan berdepan tuntutan cerai oleh isterinya.

Detik melaporkan, si isteri memfailkan cerai selepas suaminya berang kerana enggan memasak mi segera dan menyiapkan kopi untuknya.

Proses perceraian bekas pemimpin itu yang berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun, berlarutan selama tujuh bulan.



Si suami mengakui dia kesal dengan keputusan hakim dan menurutnya, Mahkamah Syariah perlu berusaha mendamaikan agar rumahtangganya dapat diselamatkan.

“Awalnya pada penghujung Mei lalu, waktu itu saya minta buatkan mi dan kopis. Dia menolak dan berkata dalam bahasa yang tidak baik untuk didengar,” katanya.

Jelasnya, isterinya mempunyai gerai jualan di pasar dan apabila diminta membuatkan mi serta kopi, wanita itu enggan berbuat demikian.

“Dia kata sibuk dan mahu ke pasar. Terus saya ke pasar ternyata tidak ada pelanggan ketika itu. Saya marah,” jelasnya.

Selepas bergaduh, si suami dari Panggungrejo mendakwa, isterinya tidak pulang ke rumah.

Dia dan anak-anak dikatakan pulang ke rumah abangnya dan menetap di situ selama tiga hari.

“Kemudian saya mengambilnya dan mahu pulang. Tiga hari di rumah, dia melarikan diri lagi,” jelasnya.

Beliau berkata, si isteri sepanjang tiada di rumah, telah datang ke mahkamah untuk berunding tentang memfailkan perceraian.

“Yang saya kesalkan, kenapa saat isteri berkonsultasi di mahkamah, mahkamah tidak mengupayakan damai. Seharusnya diberikan cadangan untuk berdamai,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button