Makin banyak ‘hikayat’ Zeti & konspirator dikeluarkan

 

 

Semakin cuba disorokkan, semakin banyak ‘hikayat’ Zeti dan konspirator dikeluarkan penyokong Dato Sri Najib Razak.

Melihat kepada trend di media sosial, netizen terutama penyokong Najib mula membongkar semula bukti bertulis kes 1MDB & SRC.

 

 

Dokumen bertulis sepucuk surat dari Raja Arab juga mula disebarkan semula bagi menjelaskan dari mana wang diberikan kepada Najib.

Malah pengakuan pihak SPRM mengesahkan berjumpa dengan individu yang menderma RM2.6 billion juga disebarkan semula. Berita tersebut disahkan oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah SPRM ketika itu, Datuk Azam Baki.

 

 

Tommy Thomas juga mendedahkan penglibatan Zeti dalam isu berkaitan dalam bentuk video perbualan. 

 

Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak polis hanya diarahkan menjalankan siasatan lanjut terhadap Zeti manakala pihak lain yang terlibat dalam konspirasi tersebut masih belum diumumkan.

Beberapa pihak turut MENDESAK agar siasatan terhadap Zeti dan penglibatan indivdu lain didedahkan kepada umum.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut mendsak perkara sama dalam Parlimen.

Sewajarnya perkara tersebut didedahkan kepada umum agar netizen mengetahui perkara sebenar yang berlaku. 

Ramai penyokong Najib yang merasakan beliau dianiaya oleh individu tertentu sehingga dihukum oleh Mahkamah. Najib yang kalah dalam rayuan kini mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan dan pihak peguambela sedang melakukan yang terbaik.

Jika Najib dihukum, Zeti & konspirator akan terus bebas?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker