“National Embarrassment” – ‘Hikayat’ Jho Low & Interpol

 

 

Nama Jho Low kini umpama cerita ‘Hikayat’ yang hilang dari senarai Interpol membingungkan rakyat berikutan percanggahan kenyataan PDRM.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador pada 19 Februari 2020 mengesahkan Jho Low telah dikenakan notis merah Interpol.

 

Hamid Bador-Jho Low jadi Beruang

 

Semalam Tan Sri Dato Seri Acryl Sany, Ketua Polis Negara menyatakan nama Jho Low belum masuk senarai notis merah Interpol.

Laporan terbaru, Acryl Sani mengesahkan PDRM telah memperoleh notis merah Interpol terhadap  Nicky Liow Soon Hee dan Low Taek Jho atau Jho Low.

 

 

Hamid Bador pernah menyatakan Jho Low telah ‘bertukar’ menjadi ‘BERUANG’ apabila ditanya mengenai hasil siasatan dan apa kesudahan usaha membawa pulang Jho Low ke Malaysia.

Muhyiddin yang pernah berjanji akan mencari Jho Low hingga ke lubang cacing juga gagal melaksanakan misi beliau.

Polis akan buru Jho Low sampai lubang cacing walau sudah imej seperti _beruang_ – Bing video

Rakyat memerhati semua ini sejak isu 1MDB dimainkan oleh pihak tertentu.

Kisah penglibatan Jho Low juga menarik perhatian apabila terbongkar kisah ada ahli keluarga Zeti menerima wang dari ahli perniagaan tersebut.

 

 

 

Leave a Reply