Resepi sambal daging cili merah

 

Kali ini kita kongsikan resepi yang ringkas tetapi sedap iaitu sambal daging cili merah. Boleh dihidangkan kepada keluarga dan pastinya digemari anak-anak.

Bahan kisar kasar:( atau tumbuk kasar)

– 12 biji cili kering
– 15 biji cili merah
JIKA SUKA PEDAS BOLEH CAMPUR 6 biji cili padi merah
-bawang putih 6 ulas
Bawang merah 15 ulas
– 3 biji tomato yang besar
– 12 biji bawang merah
belacan 1 inci

– 1 keping asam gelugur
– 1 cawan minyak goreng
-garam
-Gula merah/ putih-2 sudu
1 kiub ayam/daging

Daging 1 kg dipotong sederhana nipis dan besar besar.
Direbus dengan air yang sedikit sampai masak.
Keluarkan daging dan tumbuk satu persatu agar ianya menipis tapi jangan relaikan atau dihancurkan.( sekadar untuk nipis sederhana sahaja- jangan terlalu nipis sebab nanti bila digoreng ia akan jadi keras.
Selepas ditumbuk daging- gaul dengan serbuk kunyit dan digoreng sederhana garing.angkat.ketepikan.

Cara membuatnya :
Masukkan minyak kedalam kuali- panaskan- masukkan bahan kisar- kacau selama 10 minit-masukkan garam ,kiub daging/ayam
Gula dan asam gelugur/1 biji air limau nipis.

Masukkan daging yang telah siap digoreng tadi.

Goreng sampai bewarna merah cantik dan kuahnya sedikit kekeringan.( bagi basah basah sikit ).

Dah siap….sangat menyelerakan.
Jika suka anda boleh ganti dengan ayam. Cara buat adalah sama.

Kredit Resepi :Ida Shahida

Leave a Reply