Aksi separuh bogel di balkoni

 

Seorang wanita Ukraine ditangkap di Mesir kerana bergambar separuh bogel di balkoni apartmennya di sini.

Portal Gulf News melaporkan, ramai rakyat Mesir menghubungi polis Kaherah melaporkan aksi tidak sopan wanita itu yang berulang kali berbogel di balkoni rumahnya.

Polis Kaherah menghantar rondaan ke kawasan itu untuk menyiasat perkara itu dan mereka menemukan wanita itu yang memakai pakaian dalam.

Mereka segera menangkapnya.

Wanita itu memberitahu polis dia tidak tahu undang-undang Mesir dan dia melakukan perkara yang sama di negara asalnya.


Tertuduh menegaskan dia tidak berniat untuk menyebarkan maksiat atau mempromosikan perbuatan maksiat dalam masyarakat Mesir.

Polis membebaskannya selepas memberi jaminan dia tidak akan melakukannya lagi.

metro

Leave a Reply