Barangan Sajat kena lelong jam 10 pagi

Sajat

 

Barang usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajat akan dilelong jam 10 pagi ini.

Sajat yang kini menetap di Australia berdepan dengan tindakan Mahkamah kerana gagal membayar pampasan kepada bekas stokis.

Sajat yang mengaku telah menjalani pembedahan menukar jantina telah melarikan diri ke Thailand sebelum berhijrah ke Australia.

OWA Resources Sdn. Bhd. menyatakan, pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pada 14 Disember lalu.

Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajjad cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Leave a Reply