Watie Sadali maafkan Hana Adnan

Tapi tak mungkin kembali jadi kawan

Watie Sadali maafkan Hana Adnan

Watie Sadali maafkan Hana Adnan
Watie harap kemelut dengan Hana tidak lagi diperkatakan.

ENGGAN memanjangkan lagi isu tuntutan hutang yang dibuat Hana Adnan, penyanyi dan pelakon Watie Sadali mengambil pendekatan untuk memaafkan bekas anggota kumpulan Elite tersebut.

Bagaimanapun kata Watie atau Norwati Sadali, 47, dia tidak mungkin dia akan kembali rapat dengan Hana meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite.

“Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu.

“Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.

“Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya kepada mStar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq


Tambah Watie dia juga lebih senang untuk berdiam dari terus memberi komen tentang kemelut antara mereka kerana percaya dirinya berada pada pihak yang benar.

Dia juga kini mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.

Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami. WATIE SADALI PELAKON

“Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.

“Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini.

“Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa


 

Watie Sadali maafkan Hana Adnan
Watie dan Joey lebih senang tidak terlalu bercakap soal hutang dengan Hana.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker