Mahathir pilihan PH jadi PM bukan Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan-PH masih meletakkan harapan terhadap Mahathir untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Menurut laporan sebuah portal, satu mesyuarat menerusi aplikasi Zoom secara jelas mempromosi Mahathir sebagai calon terbaik PM.
Walaupun kini Anwar Ibrahim merupakan pilihan resolusi Majlis Presiden PH, ternyata ada kalangan pimpinan PH mashi memandang tinggi kepada Mahathir.
Ini menguatkan lagi desas-desus Perikatan Nasional bakal bergabung dengan PH bagi membentuk sebuah kerajaan campuran pada atau selepas PRU15.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia-BERSATU, dalam pada itu dikatakan bersedia untuk menerima kembali Mahathir bergantung kepada kejayaan mereka ‘menjinakkan’ Umno.
Ada khabar angin mengatakan Umno akan bersama dalam Perikatan Nasional selepas penyingkiran pemimpin utama Umno yang masih berjaya menghalang cita-cita Mahathir untuk melihat Umno berkubur.
Jika penyingkiran pemimpin Umno yang menentang Mahathir berjaya dilakukan, Mahathir akan mengepalai semula gabungan PN-PH.
PEJUANG juga dikatakan akan bergabung dengan PN bagi membolehkan Mahathir menguasai BERSATU seperti sediakala sebelum Sheraton Move.
Semua ini dijangkakan berlaku selepas mengambil kira kekalahan besar PN-PH dalam PRN Melaka dan sekali lagi dikatakan akan mengalami kekalahan di PRN Sarawak.
Sebagai rekod, PN tidak bertanding di PRN Sarawak namun ada 4 orang ahli PPBM bertanding bebas.
Bagaimanapun 3 ahli PPBM yang bertanding bebas telah digugurkan keahlian mereka oleh PPBM.
Mahathir kembali kepada BERSATU jika Umno sertai PN