Mayat bayi dalam tong sampah

 

Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Bandar Tun Razak, Cheras, petang semalam.

Mayat bayi itu ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengambil sampah berhampiran kawasan tempat letak kereta bertingkat di Flat Bandar Tun Razak pada 5.50 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada tangkapan setakat ini.

“Mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker