Polis tahan Raja kes samun bersenjata

 

Seorang kelindan ditahan polis selepas bergelar raja sehari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah sebaik selesai majlis akad nikah, jam 12 tengahari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menahan suspek bagi membantu siasatan satu kes samun berkumpulan dan bersenjata pada September lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama dua lagi rakan berusia 29 dan 33 tahun.

Bagaimanapun, katanya, polis sudah menahan dua suspek terbabit dan sudah didakwa di mahkamah pada 22 November lalu.

“Pengantin baru ini turut memiliki satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952,”

Hanyan berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu bersama dua rakan pada kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam, di sini.

Hanyan berkata, kumpulan penjenayah itu turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan melarikan dua guni berisi sarang burung.

Katanya, suspek dibawa ke mahkamah hari ini, dan direman selama tujuh hari sehingga 20 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker