Resepi Kue teow goreng sedap

Hari ini kita kongsikan pula resepi kue teow goreng yang sangat sedap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan:

1 paket kuey teow
6 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili boh
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Udang
Fish cake
2 biji telur
1 mangkuk tauge/kucai
Garam
Minyak

Cara-cara:
1. Rendam kuey teow dengan air panas sebentar untuk keluarkan minyak darinya dan tos air, ceraikan helaian kuey tiaw satu2 supaya tak melekat masa masak nanti.
2. Untuk goreng kuey teow, letakkan minyak secukupnya, tumis bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili boh, masak sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.
4. Masukkan udang dan fish cake, kacau sekali dan masukkan kuey teow.
5. Pecahkan 2 biji telur gaul sebati, akhir sekali masukkan taugeh dan kucai, tambah garam. Siap!

Kredit:hurun’lin malik

Leave a Reply