Farouq popular kerana ‘baik’ dengan anjing

 

Tidak rugi jika kita berbuat baik kepada haiwan. Begitulah ungkapan jejaka ini mengenai seekor anjing betina yang sering berkeliaran di kebun keluarganya.

Menurut Farouq Aqil Zainal Abidin, dia menyedari kehadiran anjing itu sejak beberapa bulan lalu dan mula memberi makan serta merawatnya sehingga ia mula menjadi jinak dan manja.

 

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
View this post on Instagram
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 


β€œIa anjing jiran sebenarnya, tapi selalu datang bermain di kebun keluarga saya. Biasanya anjing tu duduk di sebuah kilang besi yang berdekatan dengan kebun kami.

β€œTapi setiap kali kami masuk kebun, mesti anjing tu datang. Awalnya anjing tu macam takut dengan saya. Dia tak berani. Tapi saya tetap bagi makan setiap hari.

β€œAda satu hari, anjing tu dilanggar. Memang kesian tengok ia cedera di kaki. Saya pun rawat kecederaannya. Selepas itu ia mula jadi rapat dan manja.

β€œKalau dulu anjing tu tak berani datang dekat. Saya bagi makan pun dari jauh. Bila saya dah gerak, baru ia datang makan. Tapi sekarang dah jadi manja,” ujar pemuda berusia 24 tahun itu.

Mesra disapa Farouq, dia mendedahkan terdapat seekor lagi anjing jantan yang sering datang ke kebunnya, namun ia sudah m4ti dilanggar kereta.

 



Sejak itu, Farouq banyak membuat rakaman video anjing betina yang diberi nama J itu untuk disimpan sebagai kenangan.

β€œSebenarnya mula-mula ada dua ekor. Tapi seekor lagi dah hilang, jiran cakap anjing tu mati kena langgar. Saya pun rasa sayu, sekejap saja dapat β€˜kenal’ anjing tu. Gambar dan video pun tak banyak.

β€œJadi, tinggal seekor yang ada, saya cuba buat video untuk disimpan sebagai kenangan. Sekarang, bila keluar dan tengok anjing jalanan lain, hati saya mesti rasa sayu. Kesian dengan nasib anjing-anjing tu.

β€œTapi saya percaya rezeki kita akan menjadi luas kalau kita buat baik dengan haiwan. Tak kisahlah kucing, anjing, atau haiwan apa sekali pun. Semua binatang kita kena buat baik,” ujarnya lagi.

Menurut Farouq yang menetap di Pontian, Johor, dia juga tidak menyangka perkongsian video-video anj1ng di TikTok miliknya akan meraih perhatian ramai.

Penangan aksi comel dan manja ajing tersebut turut membolehkan Farouq meraih hampir 10,000 pengikut di aplikasi berkenaan.

 



β€œSaya pun tak sangka. Tiba-tiba ramai pula yang tengok video anjing tu. Asalnya saya hanya post untuk diri sendiri saja.

β€œFollowers saya naik disebabkan anjing tu. Ada juga yang minta update video anjng setiap hari. Malah, ada kawan yang datang kebun kami semata-mata nak tengok anjing,” ujarnya lagi.

Menurut Farouq yang mengusahakan perniagaan shisha, dia juga ada menerima komen yang menegur soal sensitiviti dengan anj1ng, namun enggan memanjangkan isu tersebut.

Sehingga kini, video anjing yang dikongsi Farouq turut meraih lebih 320,000 tontonan di TikTok.

Mengenai kebun keluarganya, Farouq berkata mereka sekeluarga mengusahakan tanaman seperti buah pulasan, duku, nangka, rambutan, durian dan limau.

β€œKebun tu dah lama ibu bapa saya usahakan. Tapi untuk keluarga saja. Kami tak jual,” ujarnya ringkas.

Mstar




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker