Lagi peniaga sorok minyak peket diserbu penguat kuasa

Oleh – Syeikh Baran


Lagi peniaga sorok minyak peket diserbu penguat kuasa
Seorang penguat kuasa memeriksa bekalan minyak peket yang disorok peniaga di sebuah premis di Mak Mandin, Butterworth.

Tindakan seorang peniaga menyorok bekalan minyak peket bersubsidi di dalam premis akhirnya terbongkar selepas diserbu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, semalam.

Serbuan menerusi Ops Samar itu dijalankan di kedai runcit di Mak Mandin, Butterworth di sini.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, tindakan menyorok minyak masak peket itu dikesan selepas
pasukannya melakukan penyamaran sebagai pembeli tempatan.



“Ketika melakukan uji beli minyak masak peket, seorang lelaki yang menjaga kaunter memaklumkan bahawa minyak masak peket tiada dan akan terima bekalan selepas Tahun Baru Cina.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita temui 26 paket minyak masak peket satu kilogram disembunyikan di dalam tong plastik di premis tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Sehubungan itu katanya, tindakan sita telah dilakukan ke atas barangan kawalan itu beserta resit daripada pembekal pada harga RM65.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi bukan pertubuhan perbadanan.



“Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan kedua boleh didenda tidak melebihi RM5 juta,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker