Gerakan hapuskan BN gantikan dengan PN

Mahthir-PH-PN

 

Tidak menjadi rahsia Barisan Nasional-BN memang cuba dihapuskan oleh pihak lawan dan kini bakal digantikan dengan Perikatan Nasional-PN.

Tidak mustahil semua boleh berlaku. Pakatan Harapan yang diwujudkan pada dasarnya ialah untuk menjatuhkan BN dan mereka berjaya laksanakan misi tersebut pada PRU14.

Malang sekali PH hanya bertahan 22 bulan di bawah Mahathir. Selepas digantkan dengan Muhyiddin, Perikatan Nasional diwujudkan hasil idea Mahathir menurut Azmin Ali.

 

Mahathir yang dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM membuat haluan baru dengan mewujudkan PEJUANG. Bagaimanapun Mahathir masih mempunyai pengaruh terhadap kedua-dua pihak PH dan PN.

Dalam satu pendedahan oleh bekas Ketua DAP Johor, beliau menyatakan ramai kalangan pimpinan DAP masih menaruh harapan agar Mahathir kembali memerintah.

DAP seperti menolak Anwar Ibrahim yang dipersetujui Majlis Presiden PH untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Mahathir yang agak keras terhadap Anwar menguatkan lagi desas-desus Presiden PKR itu tidak akan dipilih sebagai PM sekiranya PH kembali memerintah.

Khabar juga bertiup kencang, Mahathir akan kembali bersama PPBM dalam PN jika BN dihapuskan dengan melumpuhkan UMNO. Gerakan yang giat dijalankan secara sembunyi kian tidak dapat disembunyikan lagi oleh ‘broker politik’ yang mahu menjaga kepentingan diri.

Kelicikan perancangan teratur ini makin mencengkam walau gelora tidak kelihatan.

Perancangan rapi – musnahkan UMNO dari dalam, pastikan wakil rakyat Umno masuk PPBM, bubarkan BN dengan mengkucar-kacirkan komponen, tukar pemimpin UMNO yang menentang Mahathir, Mahathir bubarkan PEJUANG, kembali ke PPBM seterusnya menjadi PM dengan mandat lebih besar.

 

Leave a Reply