Dj SuriaFM bercerai selepas tiga tahun kahwin

 

Pelakon Shakilla Khoriri reda jodohnya dengan Dj radio SuriaFM, Fizi Ali tidak panjang apabila berakhir dengan perpisahan selepas tiga tahun berkahwin.

Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu mengakui terlalu peribadi bagi berkongsi punca perpisahan namun percaya dengan ketentuan Allah SWT.

“Saya tahu berita ini amat mengejutkan, bukan hanya orang luar yang tidak rapat dengan kami, malah, sanak saudara dan rakan-rakan juga terkejut

“Jika ditanya apa perasaan, saya memang sangat sedih hingga tahap sudah tiada air mata untuk ditangisi. Sayang memang terlalu sayang pada ikatan kami tiga beranak,” katanya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, cukup sekadar orang ramai mengetahui tentang perpisahan tersebut yang disifatkan satu pembelajaran buat mereka.

 



“Faktor dan puncanya, saya minta maaf. Biarlah ia menjadi rahsia yang terpendam, saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Saya anggap perkara sudah berlaku dan tidak perlulah memanjangkan cerita mengenai kenapa kami mengambil keputusan untuk berpisah,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Aku bukan Bimbo itu, dia tidak mahu salah dalam memberi kenyataan apatah lagi dirinya dan bekas suami berada dalam industri sama.

“Walaupun ia berkaitan dengan orang lain, tetapi perkara ini sudah berlaku. Jadi, saya cukuplah dengan penjelasan ini,” kongsinya.

Sumber: BH Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker