“I will see you soon” – TMJ tegur Mahathir

Tunku Mahkota Johor-TMJ

 

Tunku Mahkota Johor-TMJ mengakhiri tulisan Baginda dengan ayat “I will see you soon, Tun” merujuk kepada teguran terhadap Mahathir.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menulis di laman facebook rasmi mengenai buku ‘Capturing Hope’.

 

Tunku Mahkota Johor-TMJ

TMJ menyatakan Baginda telah dididik sejak kecil untuk menghormati semua agama dan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bagaimanapun menurut TMJ, dirinya adalah dari bangsa Melayu dan tugasnya ialah mempertahankan Agama Islam. Atas sebab itu Baginda menentang Statut Rom dan ICERD.



Menurut TMJ, Mahathir tidak jujur terhadap Majlis Raja-Raja tetapi Mahathir juga tidak jujur kepada orang Melayu dalam isu Statut Rom dan ICERD kerana perkara tersebut menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

 

 

Menyerang Institusi DiRaja tidak menyelesaikan masalah kerana asimilasi kaum dan perpecahan kaum dicipta sendiri oleh Mahathir.

Jelas sekali apabila TMJ menegur Mahathir secara terbuka, ia adalah isyarat supaya Mahathir jangan lagi cuba memesongkan hal sebenar daripada pengetahuan rakyat.

Mahathir sememangnya tidak menggemari Institusi DiRaja Melayu yang telah lama bertapak di Tanah Melayu sebelum dikenali sebagai Malaysia. Sejarah telah banyak membuktikan siapa Mahathir.



Netizen yang mengikuti tulisan TMJ menyatakan sokongan mereka terhadap Baginda.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang menyokong TMJ serta mengingatkan Mahathir agar tidak lagi cuba menganggu gugat Institusi DiRaja Melayu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker