LKS tuding PPBM & PKR gagalkan pemerintahan PH

 

Lim Kit Siang-LKS menuding PPBM dan PKR sebagai punca kegagalan pemerintahan Pakatan Harapan-PH sepanjang 22 bulan memerintah.



Kit Siang dalam kenyataan dalam sebuah portal menyatakan jika DAP memerintah secara sendirian sudah pasti semua manifesto akan berjaya.

 

 



LKS meletakkan kegagalan mereka menunaikan manifesto kerana dalam PH terdapat 3 lagi parti yang berlainan ideologi politik.

Bagi ahli parlimen Iskandar Putri itu menyatakan bukan mudah untuk PH mencapai persetujuan total bila masing-masing memperjuangkan kepentingan sendiri.

Kenyataan Kit Siang secara tidak langsung mencerminkan Pakatan Harapan yang menang PRU14 bukanlah kerana kekuatan parti tetapi hanyalah kerana kejayaan memperdaya pengundi.

 



 

PPBM yang menarik diri dari PH sudah pasti mahu melindungi kepentingan sendiri, begitu juga dengan PKR.

Lebih teruk apabila ahli PKR sendiri menggerakkan ‘Sheraton Move’ yang telah melumpuhkan PH manakala Mahathir mengambil tindakan meletakkan jawatan.



Jelas Mahathir sendiri enggan bersama DAP tetapi hanya menggunakan DAP bagi mencapai matlamat beliau. Ini juga terjadi dengan PKR bila Mahathir mengakui Anwar hanya digunakan menjatuhkan Najib.

PPBM yang selama ini ‘BERSAHABAT BAIK’ dengan DAP sedar mereka tidak mampu mengalahkan BN/Umno secara sendirian. ‘Pucuk dicita, ulam mendatang’ apabila DAP menghulurkan tangan, PPBM tidak menunggu lama menunggang DAP.

DAP kini baru sedar mereka hanyalah ‘KELDAI TUNGGANGAN’.

Isu 100 juta, Kit Siang ganti Mahathir ratib nama Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button