Lelaki Biadab Ini Siap Berani Halau Polis

Tular di aplikasi video Youtube satu video yang menunjukkan perangai biadab seorang lelaki yang banyak melakukan perbuatan merosakkan kenderaan jiran dengan memecahkan cermin kereta mereka.

Bukan itu sahaja, ketika jiran datang ke rumahnya untuk mempertikaikan apa yang dilakukannya suspek dia bertindak melakukan provokasi dengan memarahi mereka,meningikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurut video berkenaan yang dipercayai berlaku di Taman Dengkil Jaya, Selangor, suspek sering menimbulkan masalah dalam kalangan penduduk taman perumahan itu sejak beberapa lama sebelum ini.

Jika ada kereta jiran yang diletakkan berdekatan dengan rumahnya, dia akan memecahkan cermin kereta berkenaan dengan batu.

Dia juga didakwa telah mencuri bekalan air dengan menggunakan air yang disediakan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Penduduk di taman perumahan berkenaan gagal membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum ini kerana kekurangan bukti kukuh tetapi selepas ada kamera litar tertutup semua perbuatan jahat suspek dapat dirakam.

Dalam rakaman CCTV suspek kelihatan mengambil batu dan kemudian memecahkan cermin belakang sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di sebelah rumahnya.

Rakaman lain menunjukkan dia bertindak menghalau seorang lelaki dipercayai petugas SYABAS yang ingin memeriksa meter bekalan air di rumahnya.

Akhirnya para penduduk membuat laporan polis untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, kehadiran dua anggota polis motosikal peronda turut dihalau oleh suspek.

Kesudahannya sepasukan anggota polis dan tentera datang ke rumah suspek serta menahannya untuk dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sejak dimuatnaik pada 10 Disember lepas, video ini sudah mendapat lebih 700,000 tontonan di laman Youtube di saluran MDH Viral Channel.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker