Pemuda UMNO gesa dahulukan PRU15



 

Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar PRU15 didahulukan sebelum parti membuat pemilihan parti.

Ini penting bagi menjaga kestabilan parti untuk berdepan dengan PRU dan memastikan tiada lagi perpecahan berlaku dalam parti.

CADANGAN PEMUDA UMNO 


1. Sehingga kini, hampir keseluruhan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh negara telah selesai melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO mengikut Bahagian masing-masing bermula 11 Disember 2021 yang lalu.

Daripada jumlah keseluruhan yang telah bersidang sebanyak 176 yang telah menghantar usul untuk diperhalusi dan dimuktamadkan. 




2. Dua usul yang menjadi ketetapan utama 176 Bahagian-Bahagian Pemuda UMNO yang telah menghantar usul ke Ibu Pejabat adalah seperti berikut:


3. Pertama, usul utama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian adalah untuk menggesa supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ini bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara dan dapat memberikan ruang kepada kepimpinan parti untuk fokus terhadap agenda membantu rakyat sebelum memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih Kerajaan yang baharu. 


4. Kedua, hampir keseluruhan usul yang diterima daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian yang telah bersidang, mengusulkan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengetengahkan lebih ramai calon muka baharu dan calon anak muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang.



Ini juga susulan aspirasi dan keputusan kepimpinan yang meletakkan 87 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka.


5. Melalui keputusan ini jua lah, PRN Melaka menjadi saksi bahawa tindakan kepimpinan ini telah memberikan kelebihan dan keyakinan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional, khususnya pengundi anak muda.

Justeru, bertepatan dengan langkah tersebut, perwakilan Pemuda UMNO percaya kepimpinan UMNO/BN perlu meneruskan langkah ini dan InsyaAllah BN akan kembali menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. 


6. Ini lah suara majoriti akar umbi Pemuda UMNO di seluruh negara yang mahukan pengukuhan serta memastikan UMNO menjadi organisasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan demi kemakmuran negara. 




7. Saya juga percaya, Pemuda UMNO sebagai tiang dan teras kepada parti perlu sentiasa bersiap siaga dan memberi komitmen terbaik dalam menghadapi apa-apa jua keadaan.

Semoga usul-usul yang diketengahkan dipertimbangkan dengan baik oleh pucuk pimpinan parti demi kebaikan bersama.

Sekian. Terima kasih.

DATO’ HASMUNI BIN HASSAN
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker