Banjir : Perodua Tawar Diskaun Alat Ganti Dan Pemeriksaan Percuma

Syarikat pengeluar kereta nasional kedua, Perodua telah mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan keluarannya yang terjejas akibat banjir.

Menurut laporan portal Harian Metro, pelanggan Perodua juga ditawarkan servis tunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis mereka berdasarkan syarat yang dikenakan.

Wakil jenama tempatan itu turut menyatakan bahawa mereka menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pelanggan Perodua yang rosak kenderaannya akibat banjir yang sedang melanda kini.



Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, tawaran nilai tambah ini disediakan untuk mengurangkan beban yang ditanggung pelanggan mereka ketika bencana tersebut menimpa.

Sepertimana yang kita tahu, banjir kilat baru-baru ini melanda beberapa buah negeri di mana banyak kenderaan telah tersangkut di tengah jalan akibat timbunan air yang tidak surut. Lebih teruk, ada juga tempat di mana kenderaan mereka langsung habis ditenggelami air.

Tambah beliau lagi, alat ganti mereka dilengkapi dengan jaminan atau warranty dari pengeluar dan mereka meminta supaya pelanggan Perodua tidak menggunakan sebarang alat tiruan yang mampu menjejaskan prestasi kenderaan mereka.

Alat ganti yang dimaksudkan merangkumi segala barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, trim pindu, tempat duduk kenderaan dan permaidani.



Para pelanggan Perodua yang terjejas kenderaannya disebabkan banjir digalakkan menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol mereka di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button