Nama Hanafi Popular Kerana Kecurangannya Didedahkan

Wanita yang memuatnaik video berkaitan kecurangan suaminya.

Sejak dua tiga hari ini bermain dari bibir ke bibir nama Hanafi yang dikatakan telah melakukan kesalahan besar kepada isterinya kerana dipercayai curang.

Rata-rata di mana-mana platform media sosial pasti akan menyebut nama Hanafi.

Kisah berkaitan Hanafi bermula apabila isterinya yang memuatnaik video dia dalam perjalanan untuk ke rumah suaminya kerana dicurigai suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.

Video itu dimuatnaik di aplikasi TikTok dan viral begitu cepat.



Difahamkan ketika mereka bertikam lidah, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Hanafi bertindak melafaz cerai talak satu di depannya dan di depan wanita yang berdua-duaan dengannya.

Jadi viral ialah bagaimana betapa mudah isteri lelaki yang bernama Hanafi itu menerima lafaz cerai yang diucapkan suaminya.

Rata-rata netizen memuji kekuatan hati wanita itu apabila dengan mudah menerima ketika diceraikan dengan alasan tidak ada guna menyimpan lelaki yang curang seperti itu.



Di media sosial Facebook individu yang memuatnaik video berkenaan dengan akaun Najihah Othman menulis panjang lebar tentang kecurangan suaminya bermula dari bagaimana dia mengetahui tentang kecurangannya itu.

Dengan aplikasi seperti Tiktok makin banyak kes seperti ini dimuatnaik oleh mangsa seterusnya viral dan ia menjadi medan kecaman bagi pasangan berkenaan tidak kira bagi lelaki itu atau isterinya.

Sudahnya satu keluarga dan nama kedua-dua pasangan jadi viral dan dikenali seluruh negara.

Sejak dua tiga hari lah viral nama Hanafi dalam kalangan netizen.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button