Lembu Baka Chianina Baka Terbesar Dan Terberat Di Dunia

Sejarah dulu telah merekodkan ketika 2,200 tahun yang lalu baka lembu jenis Chianina merupakan baka lembu ternakan paling awal di dunia dan ia juga dikenali sebagai baka lembu paling besar di buana ini.

Kalau tengok betapa besarnya lembu ini, kita pun jadi seram.

Ada orang menyangka, lembu ini adalah baka yang direka melalui teknologi biologi tetapi sebenarnya tidak.



Baka Chianina asalnya dibiakkan di Val di Chiana di Itali dan ia diternak di bahagian Tuscany, Lazio dan Umbria sekurang-kurangnya 2,000 tahun yang lepas.

Ia pada awalnya diternak untuk mengangkat beban tetapi selepas itu untuk dagingnya.

Baka lembu ini banyak disebut dalam puisi purba dan arca yang diukir oleh orang Rome dan ia turut digunakan dalam upacara tradisi dan keagaam bangsa itu.

Ciri-ciri lembu jenis Chianina paling terkenal ialah pada badannya dan otonya yang kuat serta besar kerana ia penting untuk membuat kerja pertanian di Itali yang merupakan satu daripada industri utama.



Baka lembu itu adalah baka paling besar dan paling berat kerana lembu betina boleh mencapai ketinggian maksimum 160 sentimeter (cm) dan seberat 800 hingga 1,000 kilogram (kg) atau satu tan.

Lembu jantan pula boleh mencecah ketinggian 175cm dan berat sehingga 1,280kg.

Ini sebenarnya hanyalah statistik biasa lembu baka ini.



Ada di antara baka lembu ini yang lebih tinggi, lebih besar serta telah mencatatkan banyak rekod dunia.

Seekor lembu jantan Chianina, Bellino diukur ketinggiannya mencecah 2.03 meter dengan berat 1.7 tan (1,700kg) dan ia dinobatkan sebagai lembu terbesar di dunia pada tahun 2010.

Apabila Bellino mati pada 2014, pemiliknya Massimo Donin berkata dia sudah ada beberapa ekor lembu lain yang sudah bersedia memecahkan rekod Bellino.

Seekor lagi lembu jantan Chianina, Donetto memegang rekod lembu jantan terberat di dunia dengan berat mencapai 1.74 tan (1,740kg).



Sekarang ini, lembu baka Chianina diternak untuk dagingnya dan ia juga digelarkan sebagai mesin daging kerana saiznya yang besar dan dagingnya yang banyak.

Selepas Perang Dunia Ke-2, ia menjadi baka ternakan eksport utama di dunia dan ia dihantar ke Rusia, Amerika dan beberapa negara Asia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button