Menteri GAGAL sudah boleh ditukarkan

Menteri Gagal-Dr Latif Ahmad

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sudah boleh menimbangkan untuk menukar mana-mana Menteri yang GAGAL selepas ini.

Musibah banjir yang melanda berjaya membuka ‘pekung’ segelintir Menteri yang sebenarnya tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Mereka inilah yang mencalarkan imej Ismail selaku Perdana Menteri.



Rakyat melihat sendiri keprihatinan Ismail namun kerana perbuatan dan sikap segelintir Menteri, Ismail Sabri menjadi mangsa kecaman manakala mereka-Menteri pula sewenangnya menuding pihak lain atas kegagalan.

Rakyat mahu Ismail Sabri bertegas dan bertindak. Benar bukan mudah untuk membuat keputusan bila memikirkan kesan keatas kerajaan namun rakyat akan lebih percaya kepada PM sekiranya beliau berani membuat keputusan sukar.

Membandingkan pencapaian Menteri GAGAL yang kebanyakan merupakan dari Perikatan Nasional, ternyata mereka belum mampu menandingi Barisan Nasional dalam hal ehwal kebajikan rakyat ketika musibah melanda.

Bukan mahu berpolitik tatkala musibah masih belum kebah, tetapi banyak mata dan mulut sudah tidak tertahan dengan perangai dan karenah Menteri GAGAL.



Sudah-sudahlah memberi mereka peluang dan ruang tetapi MENTERI GAGAL hanya buat kerja sekadar ‘melepas betuk di tangga’.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button