Lukisan Tapi Nampak Macam Gambar Foto

Seorang pelukis warga Sweden yang hanya belajar sendiri dan fokus pada lukisan yang nampak hiper-realistik mampu menghasilkan lukisan yang nampak seakan-akan gambar foto sebenar.

Pelukis berkenaan Johannes Wessmark dilahirkan di Sweden pada tahun 1962 dan dia seorang yang pendiam serta tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaliknya hanya memerhati.

Ketika zaman kanak-kanaknya, dia ada melakukan sesuatu sehingga ia mempengaruhi gaya lukisannya sekarang ini.

Semasa berumur 10 tahun, waktu mengemas bilik, dia akan melaukannya dengan begitu teliti seperti menyusun permainan lurus mengikut turutan warna.

Dia juga suka melukis pada masa itu sehingga ibunya memberi dorongan supaya dia menajamkan kemahiran melukisnya itu.

Kini, dia adalah seorang daripada pelukis realistik yang terkenal di dunia.

“Dalam lukisan saya, saya meluahkan rasa ketenangan dan relaks.

“Motif pemandangan dan air adalah subjek yang saya suka selama ini,” katanya di dalam laman webnya.

Katanya, dia membesar di dalam sebuah negara yang kebanyakan masa dihabiskan di dalam alam semulajadi dan suasana hutan di sekelilingnya.

Apabila ada banyak pengalaman positif yang dilalui sebagai pelukis, dia kemudiannya mendapat ilham untuk melukis susuk tubuh manusia dengan berlatar belakangkan pemandangan air untuk menjadi motif utamanya sekarang ini.

Walaupun sebelum ini Wessmark sudah melukis banyak subjek dan motif tetapi dia menjadi terkenal dengan lukisan susuk tubuh wanita di dalam air.

Katanya, untuk menghasilkan gambar air yang berkocak dan bergerak adalah satu teknik yang amat sukar.

Bagaimanapun, melalui pengalaman dan kemahiran, dia mampu menghasilkan lukisan yang nampak benar-benar seperti foto asli.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker