3,000 batal, 12,000 penerbangan lewat akibat Omicron

 

Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia pada Isnin berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian coronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik.

Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada Isnin.

 

 

Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Amerika Syarikat menyumbang hampir separuh daripada semua kelewatan dan pembatalan, menurut data yang diperoleh Flightradar24.

Pada hujung minggu Krismas, pengembara udara menyaksikan jumlah gangguan penerbangan yang sama dengan 2,513 penerbangan dibatalkan pada Ahad dan 2,850 pada Sabtu.

Wakil beberapa syarikat penerbangan, termasuk United, JetBlue dan Delta, berkata penerbangan dibatalkan berikutan kebimbangan jangkitan Omicron di kalangan kakitangan.

Purata kes terkini bagi tempoh tujuh hari meningkat kepada hampir 176,000 kes sehari ketika kes varian Omicron dilaporkan semakin meningkat, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

Bernama

Leave a Reply