Amaran ribut petir di sembilan negeri

 

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi sembilan buah negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat ialah di seluruh negeri Melaka, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan yang diramal mengalami ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang adalah di Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, seluruh kawasan Tanah Tinggi Cameron bakal mengalami cuaca buruk yang sama bagi negeri Pahang manakal di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan yang dijangka berlaku di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Pekan dan Julau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Cuaca sama juga diramal berlaku di pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan serta di sekitar Pantai Barat dan Sandakan (Tongod),” ujarnya.

Terdahulu, amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan bagi beberapa daerah di negeri Sabah bermula hari ini sehingga esok.

kosmo

Leave a Reply