Meninggal dunia ketika di padang bola

 

Lelaki meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di Padang bola Selinsing, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Dzulkiflee Daud, 53, tidak sedarkan diri ketika separuh masa pertama perlawanan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, rakan mangsa memaklumkan ketika mereka sedang berehat pada separuh masa pertama, mangsa duduk sambil minum air dan makan sepotong pisang goreng sebelum tiba-tiba mengalami sesak nafas.

 



“Mangsa kemudiannya rebah di tepi padang. Rakan juga memaklumkan mangsa pernah mengadu sakit dada beberapa hari sebelum perlawanan,” katanya ketika dihubungi.

Ediansha berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Selinsing dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi bedah siasat.

Beliau berkata, tiada sebarang rekod perubatan diperoleh dan semakan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa yang bekerja sebagai buruh.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat serangan jantung,” katanya.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker