NADMA – tukar menteri untuk pulihkan imej

 

Oleh – Bakhtiar Omar

 National Disaster Management Agency – NADMA merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk menguruskan bencana di Malaysia.

Datuk Dr Latiff Ahmad telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas) bertanggungjawab keatas NADMA. Bagaimanapun beliau dikecam mangsa banjir kerana kegagalan NADMA bertindak pantas membantu mangsa banjir.

 

 

AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI, turut menerima tempias apabila dikecam ramai berikutan kegagalan Menteri bertanggungjawab.

Walaupun Latiff telah membuat kenyataan berkaitan NADMA, imej agensi tersebut telah rosak pada pandangan rakyat. 

Pakar Geosgstrategis, Azmi Hassan berkata, agensi itu telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengawal selia bencana termasuk banjir namun perkara itu tidak berlaku.

“Ramai menyalahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam isu ini tetapi semua ia seharusnya ditangani oleh NADMA.

“Struktur masih sama, seperti peringkat daerah kemudian negeri dan persekutuan.

“Jika berlaku apa-apa bencana, akan diwujudkan satu jawatankuasa bertindak yang mana mereka akan cuma menyelesaikan dahulu, jika tidak mampu akan dibawa ke peringkat negeri dan sebagainya.”

 

Banjir

Untuk memulihkan kembali imej NADMA, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menukar Menteri yang berkaitan dengan seorang Menteri yang lebih sensitif dengan isu bencana.

Adakah boleh berlaku perkara tersebut bagi meredakan kemarahan rakyat terutama mangsa banjir terhadap NADMA?

 

 

 

 

Leave a Reply