Sedikit perkembangan positif kaki anak sudah ‘menendang’

Kota Bharu: “Anak sudah ada sedikit perkembangan positif. Kakinya sudah bergerak dan seakan menendang ketika saya melawatnya,” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana ada kandungan dadah dalam badan.

Wanita berusia 36 tahun itu berkata, dia melawat kanak-kanak malang itu semalam dan ada perkembangan pergerakan berbanding sebelum ini.

“Walau dilihat semakin positif tapi saya belum boleh menaruh harapan tinggi kerana anak masih belum sedar.

“Bagaimanapun saya tetap berbual dengannya dan ‘merayu’ agar dia cepat sedarkan diri kerana saya pun sudah tidak bermaya disebabkan sakit (kanser payudara) yang dialami.

“Sejak beberapa hari berada di sini, tubuh saya sendiri berasa seolah demam kerana kerap bergerak ke sana sini dan sering memikirkan mengenai keadaan anak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wanita itu berkata, sejak berita mengenai mereka tersebar, ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

Dia yang menumpang di surau hospital berkata, semua sumbangan kewangan yang diterima dapat digunakan untuk perbelanjaannya sepanjang berada di sana serta pembelian lampin pakai buang buat mangsa.

“Saya sendiri bergantung kepada ubat dan kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya serta tahap kesihatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh yang juga saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan direman sehingga 26 Jun ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker