Rina Harun paling popular kerana cicak dan unggas

 

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun merupakan figura paling popular kerana cicak dan unggas.

Ini berikutan video beliau menggunakan ‘water jet’ bagi membersihkan lantai sebuah sekolah.

Video tersebut tular namun telah dijadikan bahan lawak apabila Rina menyembur air di lantai serta longkang yang sudah dibersihkan.

Sebelum itu sekeping foto Rina menyuap kanak-kanak mee segera di sebuah PPS tular. Tindakan memberi makan mee segera kepada kanak-kanak oleh Rina mengundang pelbagai kritikan terhadapnya.

Sebagai seorang Menteri, Rina sudah tentu tahu mee segera tidak memberi zat yang diperlukan kanak-kanak. 

Apa pula alasan Rina mengenai kewajaran memberi makan mee segera kepada kanak-kanak? Perlakuan Rina menggambarkan jawatan tinggi sebagai Menteri tidak selari dengan pemikiran yang sepatutnya.

Netizen pula mempersoalkan kewajaran Rina yang ‘berlakon’ dihadapan wartawan semata untuk meraih publisiti murahan.

Walaupun pihak JKM telah cuba ‘membetulkan’ kisah sebenar di sebalik video cuci najis cicak dan unggas, imej Rina rosak teruk dan beliau terus menerus dikecam netizen.

 

Rina patut menonjolkan imej yang lebih baik kerana telah berada dalam 3 zaman pemerintahan kerajaan sejak 2018.

Mungkin beliau masih terbawa pemikiran Pakatan Harapan ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah Mahathir?

Adalah lebih baik Rina Harun melepaskan jawatannya supaya tidak dimalukan lagi.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker