Korban gempa bumi di Jepun meningkat kepada 73

Korban gempa bumi di Jepun meningkat kepada 73

Korban gempa bumi di Jepun meningkat kepada 73
KERETA dihempap di bawah sebuah bangunan di Anamizu, wilayah Ishikawa. FOTO AFP

Tokyo: Angka kematian susulan gempa bumi kuat di Jepun meningkat kepada 73 orang, pada Khamis.

Susulan gegaran bermagnitud 7.6 pada Isnin lalu itu, puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik atau air.

Anggota penyelamat juga berdepan cabaran dalam melakukan tugas susulan hujan lebat.



Di seluruh wilayah Ishikawa di pulau utama Honshu, siren berbunyi ketika kenderaan kecemasan cuba melalui jalan yang tersekat dengan batu dan pokok tumbang.

“Saya tidak boleh kembali ke sana. Ia tidak boleh didiami sekarang.

“Ia membuatkan saya sedih dan saya akan merinduinya,” kata seorang penduduk, Yoko Demura, 75, dari pusat perlindungan di bandar Nanao yang menjadi tempatnya berlindung selepas rumahnya runtuh akibat gempa bumi .

Hampir tiada rumah yang tidak musnah di satu bandar di kawasan Suzu, kata datuk bandar Masuhiro Izumiya.



“Kira-kira 90 peratus daripada rumah di bandar itu musnah sama sekali atau hampir sepenuhnya… keadaannya benar-benar malapetaka,” katanya, menurut penyiar TBS.

Kerajaan wilayah itu mengesahkan 64 orang maut, manakala lebih 300 cedera dengan 20 daripadanya parah, namun jumlah korban dijangka meningkat.

Lebih 31,800 orang berada di tempat perlindungan, dan sekurang-kurangnya 200 bangunan runtuh.

Kira-kira 32,800 isi rumah masih terputus bekalan elektrik di wilayah Ishikawa dan banyak bandar tidak mempunyai sumber air.



“Lebih 40 jam berlalu sejak bencana itu. Kami menerima banyak maklumat mengenai orang yang perlu diselamatkan dan ada orang yang menunggu bantuan,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida selepas mesyuarat pasukan petugas kecemasan.

Tambahnya, bilangan anggota tentera yang dihantar ke kawasan itu, meningkat dua kali ganda.

Korban gempa bumi di Jepun meningkat kepada 73


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button